CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 605|Reply: 0

Gempa bumi magnitud 6 landa Ethiopia

[Copy link]
Post time 15-2-2025 07:41 AM | Show all posts |Read mode


OROMIYA: Gempa bumi magnitud 6 melanda tengah Ethiopia pada Jumaat, menurut beberapa agensi pemantauan gempa bumi.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku berhampiran wilayah terbesar dan berpenduduk paling padat di Ethiopia, Oromiya, yang mempunyai hampir setengah juta penduduk.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) melaporkan bahawa gempa bumi itu cetek, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pengguna media sosial di platform X turut menyuarakan solidariti kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau korban akibat gempa bumi itu.

Wilayah Oromiya dan Afar sebelum ini mengalami aktiviti seismo-vulkanik yang berintensiti tinggi, menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan serta mengakibatkan kerosakan infrastruktur yang meluas sejak Disember lalu.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Afar dan Oromiya terus digegarkan dengan siri gempa kecil selepas sebuah gunung berapi berhampiran mula menunjukkan tanda-tanda letusan sejak awal tahun ini. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.813695 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list