CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 0

Risau perkahwinan tidak direstui, lelaki tergamak bunuh bapa

[Copy link]
Post time 15-2-2025 07:23 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

New Delhi: Lelaki ini tergamak merancang konspirasi membunuh bapanya bagi menyelamatkan diri daripada dihalau daripada rumah selepas perkahwinannya tidak mendapat restu orang tuanya.

Luv Bhardwaj, merancang membunuh bapanya, Ramesh Bhardwaj, 67 bersama rakan komplot Jitendra dan anaknya, Vishal.

Insiden itu berlaku di Kawasan Perindustrian Narela, utara Delhi.

Konspirasi itu terbongkar selepas Ekta Arora, membuat laporan polis apabila bapanya, Ramesh hilang selepas ke Narela dengan skuternya pada 28 Januari.

Siasatan polis mendapati, kali terakhir Ramesh dilihat bersama Jitendra.

Apabila pasukan polis tiba di rumah Jitendra, mereka mendapati dia juga hilang. Ketika menyoal keluarganya, didapati anak lelakinya Vishal juga hilang dan telefonnya dimatikan.

Dengan bantuan pengawasan teknikal, polis mengesan lokasi Vishal sebelum berjaya menahannya.

Polis berkata, Vishal akhirnya mengaku dia dan bapanya Jitendra membunuh Ramesh sebelum membuang mayat itu.

"Vishal memasukkan mayat ke dalam guni dan membuangnya ke dalam longkang berhampiran.

"Mayat reput ditemui selepas ditunjukkan Vishal," kata polis.

Katanya, siasatan lanjut mendapati Luv dalang sebenar di sebalik konspirasi membunuh bapanya sendiri.

"Ramesh berang dengan anaknya Luv kerana berkahwin atas dasar cinta.

"Dia mahu menghalau anaknya dan keluarganya dari rumah selain turut memfailkan tuntutan di hadapan Majistret Daerah di bawah Akta Warga Emas," kata polis.

Polis berkata, Luv yang takut akan dihalau dari rumah itu membuat konspirasi untuk membunuh bapanya.

"Luv memberikan Jitendra Rs 35,000 (RM1,790.69) sebagai wang pendahuluan.

"Laporan bedah siasat mengesahkan lelaki berusia 67 tahun itu dicekik," katanya.

Polis berjaya menahan Luv dan Vishal manakala usaha mengesan tertuduh utama,
Jitendra giat dijalankan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040152 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list