CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 0

Setiausaha Agung PBB gesa tamatkan penderitaan rakyat Sudan menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 15-2-2025 07:20 AM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat menggesa agar penderitaan rakyat Sudan yang semakin meruncing dihentikan menjelang bulan suci Ramadan yang bakal bermula dalam tempoh dua minggu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Orang awam, termasuk pekerja kemanusiaan, mesti dilindungi. Akses kemanusiaan yang pantas, selamat, tanpa halangan dan berterusan mesti dipermudahkan di semua kawasan yang memerlukan," kata Guterres pada persidangan kemanusiaan peringkat tinggi mengenai Sudan di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa.

"Sokongan luaran dan aliran senjata mesti ditamatkan. Aliran ini membolehkan kesinambungan kemusnahan dan pertumpahan darah orang awam yang luar biasa," katanya.

Guterres berkata, Ramadan semakin hampir dan menegaskan, "Pada bulan yang penuh keberkatan untuk keamanan, belas kasihan, pemberian dan solidariti ini, saya menggesa anda semua untuk menggunakan pengaruh besar anda untuk kebaikan."


Beliau berkata, PBB, bersama rakan kongsi nasional dan antarabangsa juga akan melancarkan Pelan Keperluan dan Tindak Balas Kemanusiaan Sudan 2025 dan Pelan Tindak Balas Pelarian Sudan 2025.

"Kesemua rancangan ini memerlukan AS$6 bilion, untuk menyokong hampir 21 juta orang di Sudan dan sehingga 5 juta yang lain -- terutamanya pelarian -- di negara jiran, krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di benua Afrika," katanya.

"Kita mesti melakukan lebih banyak lagi dan melakukannya sekarang untuk membantu rakyat Sudan keluar daripada mimpi ngeri ini." - Bernama/Anadolu





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.078166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list