CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 603|Reply: 0

Ahli majlis tempatan letupkan kucing dipecat

[Copy link]
Post time 15-2-2025 07:15 AM | Show all posts |Read mode

Suki (kiri) berdiri di atas meja burung kayu apabila letupan berlaku (kanan). - LBC

LONDON – Seorang ahli majlis tempatan dipaksa meletak jawatan selepas dia didakwa  meletupkan kucing milik jirannya, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

James Garnor yang menduduki kerusi Majlis Parish Whittlebury, selatan Northamptonshire di  England,  didakwa memasang bahan letupan pada meja hinggap  burung di taman belakang rumahnya.

Dia kemudian membuat rakaman ketika perabot itu meletup di hadapan seekor kucing bernama Suki.

Rakaman yang tersebar dalam kalangan jiran menunjukkan Suki  berdiri di atas meja hinggap burung itu  apabila terdapat cahaya berwarna oren secara tiba-tiba, diikuti kepulan asap hitam.

Suki bagaimanapun sempat melarikan diri tanpa mengalami kecederaan serius, hanya misainya yang hangus.

Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Nikki berkata, personaliti haiwan itu bagaimanapun berubah secara kekal sejak kejadian itu pada April 2023.

Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, Majlis Parish Whittlebury berkata: “Kami mengesahkan bahawa Garnor meletak jawatan daripada  pada hari Jumaat, 7 Februari 2025, berkuat kuasa serta-merta.

“Walaupun pihak majlis tidak boleh campur tangan dalam hal peribadi, kami menggalakkan semua individu untuk bertindak secara bertanggungjawab dan penuh pertimbangan untuk kesejahteraan semua haiwan,” kata majlis berkenaan – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042177 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list