CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 670|Reply: 0

Enam maut, 25 cedera insiden kebakaran di tapak pembinaan hotel di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 14-2-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode

Asap mengepul dari bangunan yang sedang dalam pembinaan di Busan, Korea Selatan, 14 Februari 2025. - Foto REUTERS

SEOUL: Enam orang maut, manakala 25 lagi cedera akibat kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di Busan, Korea Selatan, hari ini.

Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan, berkata kebakaran terjadi kira-kira jam 11:00 pagi (waktu tempatan) di tapak pembinaan Hotel Banyan Tree.

Kira-kira 100 pekerja berada di lokasi ketika kebakaran tercetus, menurut seorang pegawai Agensi Bomba Kebangsaan kepada AFP.

Pegawai jabatan kesihatan awam mendakwa, seramai 25 orang mengalami cedera ringan dan kebanyakan mereka cedera akibat terhidu asap.

"Kebakaran sudah mencapai tahap maksimum ketika pihak bomba tiba dan asap hitam tebal menutupi kawasan kejadian," katanya.

Ketua Balai Bomba Gijang Busan, Hong Mun-sik, berkata kebakaran berkenaan mencapai tahap maksimum ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian dan asap hitam tebal sudah menutupi kawasan terbabit.

"Terdapat banyak bahan mudah terbakar yang menghalang pintu masuk di lokasi kejadian.

"Kebakaran bermula di tingkat pertama bangunan tempat pekerja menyimpan bahan penebat dan semua mangsa yang terkorban berada di lokasi kejadian.
"Punca sebenar dan lokasi tepat kebakaran perlu disiasat secara menyeluruh," katanya.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 1:30 petang. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.922303 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list