CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 946|Reply: 0

Nenek dapat RM53,000 selepas terpijak bawang

[Copy link]
Post time 14-2-2025 08:50 PM | Show all posts |Read mode

HIRISAN bawang yang terdapat di lantai sebuah pasar sayur. - Foto Ziniu News/ETtoday

BEIJING – Seorang nenek menerima pampasan 86,000 yuan (RM53,000) selepas tergelincir dan cedera kerana terpijak hirisan bawang, lapor laman berita MSNews semalam.

Nenek berusia 62 tahun itu dianugerahkan pampasan oleh sebuah mahkamah di China selepas dia menyaman pasar sayuran di Nantong.


Pemeriksaan perubatan mengesahkan tulang lengan kanan wanita itu retak selain  kecederaan pada gigi dan pergelangan tangan yang menjejaskan keupayaan mangsa untuk bergerak atau menggunakan tangannya seperti biasa.

Pada mulanya, pengurusan pasar menuduh wanita itu cuai dan mendakwa dia memakai kasut tumit tinggi semasa kejadian.

Namun, siasatan polis menemui sisa putih di atas lantai yang disyaki hirisan bawang besar.

Mahkamah kemudian mengarahkan pasar tersebut membayar pampasan 86,000 yuan selepas memutuskan bahawa kasut tumit tinggi bukan penyebab kemalangan itu. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.374703 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list