CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17542|Reply: 0

China tawar insentif kahwin lebih RM900, galak pasangan berumahtangga

[Copy link]
Post time 14-2-2025 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Pasangan terima insentif tunai lepas daftar perkahwinan

BEIJING - Pasangan yang mendaftar perkahwinan di Luliang, wilayah Shanxi kini menerima insentif perkahwinan sebanyak 1,500 yuan (RM914) sebagai ganjaran dalam usaha meningkatkan kadar perkahwinan dan kelahiran yang semakin merosot.

Berdasarkan data rasmi, jumlah perkahwinan di China menurun sebanyak 20 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Kos sara hidup tinggi serta pasaran pekerjaan yang mencabar menjadi punca utama golongan muda enggan berkahwin.

Selain wang tunai, Luliang turut menawarkan insentif lain seperti subsidi dan sumbangan insurans kesihatan kepada bayi baru lahir.

Pasangan yang mempunyai anak pertama menerima 2,000 yuan (RM1,300), manakala jumlah meningkat bagi anak kedua dan ketiga.

Bagi pasangan yang baru berkahwin di Luliang, Zhang Gang dan Weng Linbin, insentif itu menjadi faktor tambahan dalam keputusan mereka untuk berkahwin.

“Kami memang merancang untuk berkahwin lebih awal, tetapi selepas mendengar tentang ganjaran ini, kami memutuskan untuk menunggu sedikit lagi,” katanya.

Zhang turut menyatakan bahawa polisi ini memberi galakan kepada pasangan muda.

“Saya rasa langkah ini sangat baik dalam memperbaiki situasi perkahwinan di China sekarang. Apabila saya beritahu kawan-kawan tentang polisi ini, mereka semua rasa ia menarik,” tambahnya.

Menurut seorang perunding jodoh di Luliang, ramai wanita berpendidikan tinggi sukar mencari pasangan kerana lelaki cenderung memilih yang taraf pendidikan lebih rendah.

Di beberapa daerah lain, kerajaan turut menawarkan ganjaran lebih besar seperti di Tianmen, Hubei, keluarga dengan tiga anak boleh menerima subsidi sehingga 165,000 yuan (RM107,000). - agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046395 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list