CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14115|Reply: 0

Liga Arab tolak penyingkiran rakyat Palestin, tegaskan 'Gaza bukan untuk dijual'

[Copy link]
Post time 14-2-2025 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Aboul-Gheit turut menegaskan bahawa isu Palestin merupakan 'perjuangan utama bagi dunia Arab, baik rakyat mahupun kerajaan'. - Foto: Agensi

KAHERAH - Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul-Gheit pada Khamis menegaskan pendirian bahawa organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa 'Gaza bukan untuk dijual'.

"Saya menegaskan penolakan mutlak dan tegas Liga Arab, sebagai institusi yang menghimpunkan semua negara Arab, terhadap sebarang usaha untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka dengan apa jua alasan," katanya semasa sesi Majlis Ekonomi dan Sosial liga itu di Kaherah, yang disiarkan di televisyen negara Mesir, lapor Xinhua.

Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan penyelesaian dua negara.

Aboul-Gheit turut menegaskan bahawa isu Palestin merupakan "perjuangan utama bagi dunia Arab, baik rakyat mahupun kerajaan."

Ketua liga itu berkata sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin adalah satu ketidakadilan nyata terhadap hak mereka.

Beliau turut mengecam peningkatan serangan tentera Israel di Tebing Barat.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mencadangkan pembangunan semula Gaza dan pemindahan populasinya ke negara jiran termasuk Jordan dan Mesir.

Cadangan kontroversi itu telah ditolak di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kaherah dijadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini isu Palestin. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.166551 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list