CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18071|Reply: 0

Kilang hasilkan kostum karnival terbakar, jejas acara tarik jutaan pelancong

[Copy link]
Post time 14-2-2025 08:12 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba meninggalkan lokasi selepas memadamkan kebakaran di Cidade do Samba, sebuah kompleks tempat sekolah samba utama bersiap sedia untuk karnival, di Rio de Janeiro, Brazil, pada 12 Februari. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Kebakaran sebuah kilang yang menghasilkan kostum untuk karnival di ibu kota Brazil semalam, mencederakan 21 orang sekali gus menjejaskan perjalanan acara yang menarik jutaan pelancong ke bandar terbabit setiap tahun.

Menurut Jabatan Bomba, 21 orang yang mengalami kecederaan itu sudah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan

Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes, berkata 10 daripadanya mangsa yang cedera itu dalam keadaan serius.

Ketua Bomba, Kolonel Luciano Pacheco Sarmento, berkata mereka yang bekerja di kilang terbabit dalam keadaan berbahaya kerana bangunan itu mengandungi banyak bahan mudah terbakar.

Dalam kalangan mangsa yang terselamat pula memberitahu terdapat beberapa pekerja sedang nyenyak tidur dalam kilang terbabit.

Seorang pekerja pembersihan di kilang terbabit, Jose Ricardo Braz Santos, 42, berkata ada yang pekerja yang tidur di premis itu kerana hendak berjimat.

"Mereka tidak diwajibkan untuk tidur di situ tetapi ramai yang tinggal jauh. Jadi mereka tidur di situ untuk elak membazir masa dan pergi balik.

"Saya masih boleh mendengar suara orang yang menjerit dalam kepala saya," katanya.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Roberta memberitahu media tempatan, kebakaran berpunca dari tingkat bawah membuatkan mereka yang tidur di kilang berkenaan tidak dapat turun ke bawah.

Sementara itu, Kementerian Buruh Brazil, melancarkan siasatan terhadap kilang terbabit. Meskipun kebakaran berjaya dipadamkan, jurucakap bomba, Mejar Fabio Contreiras, berkata terdapat risiko bangunan itu boleh runtuh kerana ia tidak mempunyai sijil kelulusan daripada pihaknya.

Pada tahun 2011, satu kebakaran di kompleks Samba City yang menempatkan bengkel dan gudang yang menyimpan bahan karnival sehingga memusnahkan persiapan selama lapan bulan bernilai berjuta-juta dolar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038908 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list