CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17939|Reply: 0

Singapura tubuh Agensi Penyakit Berjangkit perkukuh pengurusan kesihatan awam

[Copy link]
Post time 14-2-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA: Singapura akan menubuhkan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada 1 April, sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lembaga berkanun baharu di bawah kementerian itu akan menyatukan fungsi kesihatan awam berkaitan pengesanan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

Sebelum ini, fungsi berkenaan diagih antara ibu pejabat MOH, Lembaga Penggalakan Kesihatan dan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

CDA akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama termasuk mencegah penularan penyakit menerusi pendidikan awam, dasar vaksinasi serta langkah pencegahan dan kawalan jangkitan

Agensi itu juga akan mengetuai dan menyelaras usaha kesiapsiagaan kesihatan awam, bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membina kesediaan sektor menghadapi krisis penyakit berjangkit, selain melindungi kepentingan negara seperti pembangunan dan akses kepada vaksin serta terapi.

"Penubuhan CDA akan membolehkan kerajaan bertindak balas dengan pantas terhadap wabak penyakit menerusi tindakan kesihatan awam bersepadu serta berperanan penting dalam melindungi Singapura daripada ancaman penyakit berjangkit," kata MOH.

Pengarah Eksekutif NCID, Prof Vernon Lee, akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CDA berkuat kuasa 1 April.

Beliau akan melepaskan jawatannya di NCID pada hari yang sama.

Lee memberi sumbangan besar dalam bidang kesihatan awam di Singapura dan inisiatif kesihatan global, termasuk terbabit dalam tindak balas terhadap wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003, pandemik influenza 2009, wabak Zika 2016 dan pandemik COVID-19. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 01:03 AM GMT+8 , Processed in 1.609175 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list