CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20022|Reply: 0

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin

[Copy link]
Post time 8-2-2025 10:11 AM | Show all posts |Read mode


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu kes import poliomielitis lumpuh berkaitan vaksin, dengan penemuan setakat ini menunjukkan risiko penularan dalam komuniti adalah rendah.

Menurut kementerian itu, pesakit adalah seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu untuk mendapatkan rawatan dan tiba di Singapura pada 26 Januari lalu.

Beliau dimasukkan terus ke Hospital Universiti Nasional (NUH) sejurus ketibaan dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Kes ini mengalami masalah imun terjejas dan sebelum ini telah menerima satu dos vaksin polio oral (OPV) serta satu dos vaksin polio tidak aktif (IPV) di Indonesia.

"Dia mengalami demam, kelemahan akut dan lumpuh pada bahagian bawah badan pada Disember 2024 ketika berada di Indonesia. Pada ketika itu, doktor yang merawatnya tidak mengesyaki bahawa simptom dialaminya berpunca poliomielitis," menurut kenyataan MOH.



MOH berkata bayi berkenaan diasingkan sebaik dimasukkan ke hospital dan diletakkan di bawah langkah pencegahan dan kawalan jangkitan bagi mengelakkan penularan selepas poliomielitis disyaki.

Tiga kontak rapat terdiri ahli keluarga dan penjaganya, dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Singapura tidak melaporkan sebarang kes poliomielitis yang diperoleh secara tempatan sejak 1978. Kes terakhir dilaporkan pada 2006 adalah kes import.

MOH menyatakan Singapura mengekalkan status bebas polio dengan memastikan liputan vaksinasi polio tinggi, mengekalkan standard kebersihan dan sanitasi yang tinggi, serta mempunyai sistem pemantauan yang kukuh untuk mengesan kes berpotensi.

Menurut MOH, poliomielitis disebabkan oleh virus polio dan kebanyakannya tersebar melalui makanan yang tercemar dengan bahan najis.

Vaksinasi kekal sebagai perlindungan paling berkesan terhadap poliomielitis, selain mengamalkan kebersihan dan sanitasi yang baik.

Terdapat dua jenis vaksin polio: OPV yang mengandungi virus polio hidup yang dilemahkan dan IPV yang tidak mengandungi virus hidup. Banyak negara telah beralih kepada IPV secara berperingkat, dan Singapura menghentikan penggunaan OPV pada 2021.

MOH menjelaskan IPV tidak mengandungi virus hidup, justeru ia tidak membawa risiko poliomielitis lumpuh berkaitan vaksin.

Poliomielitis lumpuh berkaitan vaksin adalah kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, yang terjadi apabila seseorang mengalami polio lumpuh selepas menerima OPV.

"Risiko lebih tinggi bagi individu yang mengalami masalah imun terjejas, dan bagi mereka, IPV adalah lebih disyorkan berbanding OPV," menurut MOH.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.327521 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list