CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19655|Reply: 0

Taiwan kesan 6 belon pengintip China masuk ruang udaranya

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:03 AM | Show all posts |Read mode

Jet pejuang Mirage 2000 Tentera Udara Taiwan bersiap sedia untuk berlepas di pangkalan Tentera Udara di Hsinchu, Taiwan. - Foto AFP

TAIWAN: Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini mengesan enam belon China berhampiran pulau itu, ketika Beijing terus meningkatkan tekanan ketenteraan bagi menegaskan tuntutan terhadap kedaulatannya terhadap negara pulau itu.

Kementerian itu memaklumkan, enam belon berkenaan dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga jam enam pagi tadi (2200 GMT Khamis), menjadikannya antara jumlah pencerobohan harian tertinggi yang pernah dicatatkan

Selain belon, sembilan pesawat tentera, enam kapal perang dan dua kapal rasmi China turut dikesan berhampiran Taiwan dalam tempoh yang sama.

Menurut ilustrasi yang dikeluarkan oleh kementerian, belon itu berlegar pada ketinggian antara hampir 5,000 8 meter hingga lebih 6,000 meter, dengan salah satu daripadanya dikesan terbang terus di ruang udara Taiwan.

Taiwan menganggap dirinya sebagai sebuah negara berdaulat, namun China menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berulang kali mengancam untuk menggunakan kekerasan bagi membawanya di bawah kawalan Beijing.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China semakin giat menghantar pesawat pejuang dan kapal perang ke perairan berhampiran pulau yang ditadbir sendiri itu.

Beijing juga berusaha menghapuskan kehadiran Taiwan pada peringkat antarabangsa dengan menarik sekutu diplomatiknya serta menghalangnya daripada menyertai forum global.

Belon China sudah beberapa kali dikesan di perairan berhampiran Taiwan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun jumlah yang dicatatkan hari ini adalah antara yang tertinggi, menurut rekod AFP berdasarkan data ketenteraan.

Tahun lalu, Taiwan merekodkan lapan belon China, sekaligus menjadi jumlah tertinggi pernah dikesan iaitu kurang sebulan selepas pilihan raya presiden yang dimenangi Lai Ching-te daripada Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah.

Beijing menganggap Ching-te sebagai seorang pemisah kerana mengadakan beberapa siri latihan ketenteraan berskala besar sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan pada Mei lalu.

Taiwan menyifatkan kehadiran belon China sebagai satu bentuk gangguan dalam 'zon kelabu' iaitu taktik yang tidak mencapai tahap serangan ketenteraan tetapi boleh memberi tekanan sehingga melemahkan kesiapsiagaan angkatan tentera Taipei.

Belon dari China menjadi isu politik yang mencetuskan ketegangan pada awal 2023 selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh apa yang disifatkannya sebagai belon perisik.

Belon bersaiz besar itu membawa muatan peralatan elektronik dan terbang di atas kawasan sensitif ketenteraan sensitif sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa Beijing sedang mengumpul maklumat risikan.

Bagaimanapun, Beijing menegaskan belon berkenaan adalah kapal udara awam yang tersasar dari laluannya akibat tiupan angin. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:18 AM GMT+8 , Processed in 1.237643 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list