CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19537|Reply: 0

102 ular berbisa ditemui di belakang rumah

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode


SYDNEY – Seorang penangkap haiwan menemui 102 ekor ular di halaman belakang rumah yang didiami oleh seorang lelaki di pinggir kota raya Sydney,  lapor saluran berita televisyen CNN semalam.

David Stein menghubungi pasukan pemindahan haiwan, Reptile Relocation Sydney selepas melihat beberapa ekor reptilia itu dalam timbunan daun kering dan bahan organik di belakang rumahnya.

Apabila penangkap ular, Dylan Cooper selesai menggali timbunan itu, dia menemui 102 ular berbisa termasuk  lima ular dewasa dan 97 anak ular.

“Anak-anak ular ini baru menetas. Ia agak pelik,” kata pemilik Reptile Relocation Sydney, Cory Kerewaro.

Katanya, Cooper mengambil masa masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan semua ular itu.

Reptilia yang ditemui tu ialah ular hitam perut merah berbisa, tambahnya

Semua ular itu akan dilepaskan ke habitat liar, kata Kerewaro. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.216877 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list