CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18099|Reply: 0

66 jenazah Palestin dalam busut pasi

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:21 AM | Show all posts |Read mode


GAZA – Pasukan pertahanan awam mengeluarkan jenazah 66 rakyat Palestin daripada beberapa busut pasir yang dibina oleh tentera Israel di utara Gaza, kata agensi berkenaan seperti laporan agensi berita Anadolu.

“Kubur busut itu ditemui di sebilangan kawasan di Bandar Gaza dan utara wilayah ini,” kata jurucakap Pertahanan Awam,  Mahmoud Basal kepada Anadolu.

Beliau berkata, 37 jenazah ditemui di bandar Jabalia, utara Gaza dan 29 yang lain dijumpai di Kem Pelarian Shati, Bandar Gaza.

“Banyak lagi kubur seperti ini yang belum ditemui selepas penduduk Palestin terpaksa menanam mayat di jalanan, dataran dan taman awam ketika Israel melancarkan serangan darat.

“Pasukan Pertahanan Awam dan petugas perubatan gigih bekerja untuk mengesan jenazah di bawah timbunan runtuhan dan  busut pasir di sebalik sumber yang terhad,” katanya

Jurucakap itu berkata, cuaca buruk di Gaza menyebabkan berpuluh-puluh khemah pelarian di Gaza terbang ditiup angin, manakala sebilangan lagi dimasuki air hujan.


“Gaza memerlukan segera 120,000 khemah untuk menampung penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka dimusnahkan di Gaza.

“Khemah yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza setakat ini tidak memenuhi piawan minimum dari sudut kualiti dan kuantiti serta tidak sesuai dengan keadaan di sini,” tambah Mahmoud.

Beliau menyeru masyarakat antarangsa segera bertindak untuk menyelamatkan dan menyediakan keperluan asas kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.935406 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list