CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 0

[Sarawak] IPD Sibu berjaya selesaikan 94 peratus kes jenayah tahun lepas

[Copy link]
Post time 28-1-2025 04:35 PM | Show all posts |Read mode


Zulkipli (tengah) memeriksa barisan Perhimpunan Bulanan IPD Sibu bagi Januari 2025.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya menyelesaikan 657 daripada 697 kes jenayah indeks yang dilaporkan sepanjang tahun 2024, dengan kadar penyelesaian kes sebanyak 94 peratus.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Polis Zulkipli Suhaili berkata, angka ini membuktikan kecekapan pasukan polis dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terjaga.

"Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih seluruh warga IPD Sibu serta sokongan erat masyarakat setempat.


Zulkipli menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang anggotanya.

“Kami bertekad untuk terus memperkukuh prestasi ini pada tahun 2025," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan IPD Sibu bagi Januari 2025, hari ini.

Bagi jenayah narkotik, rampasan dadah bernilai RM298,942 telah dilakukan dengan 1,098 tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu.

Manakala bagi jenayah komersial pula katanya, sebanyak 581 kes dicatatkan dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM20.1 juta.


Salah orang anggota IPD yang menerima kenaikan pangkat pada majlis tersebut.

Daripada jumlah itu, 404 kes berjaya didakwa di mahkamah.

Dalam aspek penguatkuasaan trafik, IPD Sibu mengeluarkan 49,988 saman sepanjang tahun lalu sekali gus menghasilkan kutipan kompaun sebanyak RM1.3 juta.

Zulkipli turut menegaskan keutamaan IPD Sibu pada tahun 2025 adalah memperkukuh integriti dan profesionalisme anggota melalui program latihan, selain menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi akademik seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM).


Zulkipli ketika menerima laporan daripada anggotanya sempena Perhimpunan Bulanan IPD Sibu hari ini.

"Integriti adalah asas kepada perkhidmatan kami. Ia mesti diperkukuhkan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat," tambahnya.

Dalam majlis sama, beliau menyampaikan penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang, termasuk penerima kenaikan pangkat dan sijil penghargaan atas dedikasi mereka sepanjang 2024.

Zulkipli berharap statistik pencapaian tahun 2024 menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih baik pada tahun ini, untuk memastikan Sibu kekal aman dan selamat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062691 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list