CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 0

[Sarawak] 3,213 perwakilan dijangka hadiri Perhimpunan Agung PBB pada 15 hingga 16 Februari ini

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:48 PM | Show all posts |Read mode


Nanta (tengah) pada sidang media bersama Ibrahim (kiri) dan Awang Bujang selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan diadakan bermula dari 14 hingga 16 Februari ini.

Setiausaha Agung Parti PBB Sarawak Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), berkata perhimpunan itu akan menghimpunkan 3,213 perwakilan dan pemerhati PBB yang terdiri daripada Badan Induk, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Belia.

“Jadi nanti, seramai 3,213 wakil Parti PBB iaitu perwakilan dan pemerhati akan dijemput untuk bersama-sama dalam perhimpunan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Perhimpunan agung pada kali ini akan dirasmikan sendiri oleh Presiden PBB yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di BCCK, malam tadi.

Terdahulu, Abang Johari hadir bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan turut disertai Timbalan Presiden PBB iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan kepimpinan Parti PBB Sarawak yang lain.

Sementara itu, Nanta yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, pihak Sekretariat akan mengeluarkan borang penamaan calon bagi jawatan Naib Yang di-Pertua Parti PBB ke bawah.

“Kalau dalam dua ke tiga hari ini kita keluarkan borang penamaan calon, kita boleh menutup tempoh tersebut selewat-lewatnya seminggu sebelum Perhimpunan Agung Parti PBB ini berlangsung,” ujar beliau lagi.

Bagi jawatan Presiden hingga Naib Presiden Kanan Parti PBB pula, kesemua 82 cawangan parti sebulat suara mengekalkan pemegang jawatan tanpa bertanding.

Hadir sama dalam sesi sidang media, Timbalan Setiausaha Agung Parti PBB Dato Ibrahim Baki dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077703 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list