CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2773|Reply: 0

[Sabah] PBT di Sabah diminta memandang serius isu anjing liar

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode


ANIL

KUNAK: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara terutamanya di Sabah supaya memandang serius isu anjing liar yang dilihat semakin berbahaya kepada orang ramai.

Exco Pemuda Barisan Nasional Malaysia, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu berkata Sabtu lepas terdapat satu kes serangan anjing liar di daerah Kunak yang menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Katanya, berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) ia merupakan satu tragedi yang sangat ngeri apabila mangsa telah diserang sekumpulan anjing liar dan dagingnya dipercayai dimakan oleh kumpulan anjing berkenaan.

“Sebelum ini serangan anjing liar yang menyebabkan kematian berlaku pada November 2024 melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di kampung Sungai Tohok, Semporna.

“Pada September 2022 pula seorang wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia dengan kesan gigitan haiwan dipercayai akibat serangan anjing liar di simpang Kampung Batu, Semporna,” katanya.

Beliau yang juga Bendahari Pemuda UMNO Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu berkata demikian dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, serangan anjing liar boleh berlaku dimana-mana sahaja di kawasan kampung, bandar, taman perumahan, jalan raya.

Malah, katanya, ada kes yang melibatkan kemalangan motorsikal apabila penunggang dikejar lalu terbabas dan cedera.

“Kita juga biasa dengar ada kes serangan anjing terhadap mangsa yang sedang joging dan berjalan kaki ke tempat kerja atau ke sekolah.

“Anjing liar ini mungkin jadi agresif akibat kurangnya sumber makanan seiring dengan populasi mereka yang bertambah tanpa sebarang sistem kawalan atau usaha yang spesifik dan effektif setakat ini,” katanya.

Justeru katanya, semua agensi atau pihak berkenaan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan haiwan liar di Sabah diminta memandang perkara ini dengan serius dan tiba masanya menyelesaikan masalah ini agar tidak menjadi satu mimpi ngeri orang ramai di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040259 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list