CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2320|Reply: 12

Lindsay Lohan dipenjara 120 hari

[Copy link]
Post time 24-4-2011 09:33 AM | Show all posts |Read mode



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Tidak cukup dia dihukum penjara 120 hari kerana melanggar perintah parol, aktres Hollywood, Lindsay Lohan, 24, (gambar) turut dimarahi hakim yang membicarakan kesnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres itu yang meraih pendapatan jutaan dolar menerusi beberapa filem popular seperti The Parent Trap dan Mean Girls dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kelmarin kerana dituduh mencuri seutas kalung berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah gedung barangan kemas pada Januari lalu.

"Adakah seorang yang berotak akan memakai kalung dan berjalan keluar begitu sahaja. Adakah ia satu tindakan yang nekad atau bodoh? Saya pun tidak tahu," kata hakim berkenaan, Stephanie Sautner.
Sautner, bagaimanapun, memilih untuk menjatuhkan hukuman lebih ringan iaitu penjara 120 hari ke atas Lohan kerana melanggar perintah parol yang dikenakan terhadapnya pada 2007 kerana melakukan jenayah mencuri.
Selain itu, beliau memerintahkan Lohan melakukan kerja amal selama 120 jam di rumah mayat daerah Los Angeles dan 360 jam lagi di sebuah rumah perlindungan wanita.
Aktres itu yang sebelum ini dicemari pelbagai skandal termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol dan bercinta sesama jenis berada di dalam lokap selama lima jam sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM225,412) sementara menunggu rayuan kes tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 09:58 AM | Show all posts
pempuan tade ape dah dlam idop die,. adoiyaiii semak ajer
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 10:12 AM | Show all posts
kenape tak seumur hidup terus jerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 10:26 AM | Show all posts
Reply 3# choolakaw

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 04:46 PM | Show all posts
ak cian ngan minah nih... cube berdisiplin ckit asik dgn kontorversi jek.. menang awards tada pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 10:01 PM | Show all posts
last2 masok lokap gak ang lindsay weyyyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2011 02:38 PM | Show all posts
dulu dia mmg comel... skrg dh hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 03:42 PM | Show all posts
PDN MUKANYA......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 07:09 PM | Show all posts
sia ar die nehh...

hidupnyer ngan aper...harta ader lagi kerr?? movies pon da xbelakon...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:10 PM | Show all posts
sian doh jadi dia ni...berlakon pandai...tapi personal life....hancus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 08:30 AM | Show all posts
Lohan kena bersih bilik mayat


2011/04/27

WASHINGTON: Lindsay Lohan dilaporkan bakal berhadapan masa depan yang sukar apabila terpaksa melakukan kerja di rumah mayat Jabatan Koroner Los Angeles.

Aktres Mean Girls itu yang dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar tempoh pengawasan dan terpaksa melakukan kerja amal termasuk memungut sampah, membersihkan tong sampah, mencuci lantai dan membersihkan tingkap serta tandas di kemudahan terbabit.
“Beliau akan melakukan kerja pembersihan asas,” lapor majalah People yang memetik kenyataan Penolong Ketua Koroner, Ed Winter.
“Dia tidak akan mengendalikan mayat tetapi pasti akan melihatnya,” katanya.
Lohan, 24, diarahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam di rumah mayat itu selain 360 jam perkhidmatan di Pusat Wanita Downtown, sebuah rumah perlindungan wanita di Skid Row, Los Angeles.

Hukuman yang dikenakan adalah sebagai tambahan kepada tempoh hukuman empat bulan penjara yang dihadapi aktres terbabit.

Lohan akan dikehendaki memasuki dua program perkhidmatan komuniti selama seminggu dalam tempoh setahun yang perlu dilengkapkan.
Sementara itu Blue water Production dilaporkan sedang menyiapkan sebuah buku komik biografi mengenai Lohan bertajuk Infamous: Lindsay Lohan yang memaparkan gaya hidup liar aktres terbabit, kegagalan keluarganya dan kerjayanya.

Buku itu dijangka diterbitkan pada September 2011 tetapi disebabkan kisah terkini beliau yang bermasalah mungkin membolehkan lebih banyak kisah ditambah mengenai aktres berusia 24 tahun terbabit.

“Lohan adalah seorang mangsa kebudayaan selebriti dan pengaruh buruk, kurang kawalan diri serta menjalani kehidupan tidak sihat,” kata radarinline.com yang memetik kenyataan penulis, Marc Shapiro. – Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 09:29 AM | Show all posts
Lohan kena bersih bilik mayat


2011/04/27

WASHINGTON: Lindsay Lohan dilaporkan bakal berhadap ...
amyainsamad Post at 27-4-2011 08:30


eh... iye ke.. takutnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 01:10 PM | Show all posts


- siap b'posing macam nak masuk majalah je ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067792 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list