CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3439|Reply: 0

Bangunan tiga tingkat runtuh di Turkiye

[Copy link]
Post time 25-1-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan selepas laporan menunjukkan terdapat mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan. Foto Agensi

ISTANBUL - Sebuah bangunan tiga tingkat runtuh pada Jumaat di wilayah tengah Konya, Türkiye, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran dilancarkan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kejadian itu berlaku di Daerah Selcuklu, yang mana saksi segera melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa, lantas Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), polis, serta perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan selepas laporan menunjukkan terdapat mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai yang berada di lokasi supaya kekal senyap bagi memudahkan usaha menyelamat.

Selepas lima jam operasi, dua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya mengesahkan pasukan respons terdiri daripada 99 anggota dan 27 kenderaan daripada Pengarah AFAD, bersama 120 anggota bomba, polis, dan pasukan perubatan.

"Pusat Panggilan Kecemasan 112 menerima panggilan pada pukul 8.05 malam (1705GMT) dan pasukan AFAD tiba di lokasi pada 8.15 malam (1715GMT),” tulis Yerlikaya di X.

Beliau turut memaklumkan pasukan tambahan dari wilayah berhampiran termasuk Ankara, Eskisehir, Antalya, dan Mersin telah dihantar ke lokasi.

Yerlikaya memberitahu wartawan bahawa tiga mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan sekurang-kurangnya seorang mangsa telah dikenal pasti masih hidup.

AFAD mengesahkan penghantaran 200 anggota termasuk pasukan penyelamat, polis, bomba, dan unit perubatan dengan bantuan tambahan dari wilayah berdekatan.

"Kami memantau perkembangan secara dekat,” kata kenyataan itu.

Datuk Bandar Konya, Ugur Ibrahim Altay memaklumkan bangunan itu mempunyai lesen tetapi tidak termasuk dalam projek pembaharuan bandar.

"Bangunan ini mengandungi 14 unit apartmen, namun 12 daripadanya dilaporkan kosong. Operasi mencari dan menyelamat sedang diteruskan. Kami berharap untuk berita baik dan memohon doa,” tulis Altay di X.

Naib Presiden Türkiye, Cevdet Yilmaz, yang berada di Konya untuk mesyuarat melawat lokasi kejadian dan menegaskan keutamaan adalah menyelamatkan nyawa.

"Matlamat utama kami adalah menyelamatkan nyawa. Semua sumber yang diperlukan telah dikerahkan,” katanya.

Muhammed Veli Kahya, 22, menceritakan detik-detik cemas sebelum bangunan itu runtuh.

"Isteri saya menelefon, mengatakan bangunan bergoncang. Saya bergegas pulang dan membantu jiran keluar. Sebaik saya melangkah keluar, bangunan itu runtuh di depan mata saya,” katanya. - Bernama-AA

sumber  25/1/2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046572 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list