CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10820|Reply: 0

[Sarawak] Media arus perdana kekal relevan, jadi rujukan rasmi berbanding media sosial

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:25 PM | Show all posts |Read mode


Ling (belakang, enam kiri) dan Chang (belakang, lima kiri) merakam gambar sebagai tanda kenangan bersama pengamal media yang hadir pada majlis makan malam tersebut.

SIBU: Media arus perdana terus memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat, meskipun pengaruh media sosial semakin meluas.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata media tradisional tetap relevan dalam memastikan maklumat yang sahih dan bebas daripada unsur berita palsu sampai kepada rakyat.

"Walaupun media sosial menjadi platform utama bagi ramai orang untuk mendapatkan maklumat, ia tidak dapat menggantikan media arus perdana.

"Banyak maklumat palsu dan salah sering tersebar melalui media sosial dan ini menyebabkan masyarakat kembali kepada media tradisional untuk mendapatkan berita yang boleh dipercayai," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama pengamal media di sini malam tadi.

Ling turut menekankan peranan media dalam membina kesedaran sosial dan membentuk pandangan umum terhadap isu-isu penting.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pengamal media atas usaha berterusan mereka dalam menyampaikan berita yang berkualiti.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang, turut menyampaikan penghargaan kepada wartawan atas keberanian mereka bertugas semasa pandemik COVID-19.

"Semasa pandemik, kita sering mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, tetapi wartawan juga adalah wira yang kurang mendapat pengiktirafan.

"Anda bertugas di kawasan berisiko tinggi, termasuk hospital dan klinik, untuk mendapatkan berita demi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat," katanya.

Irene menyifatkan wartawan sebagai elemen penting dalam membina kesedaran masyarakat dan menentang penyebaran berita palsu.

Beliau memuji keberanian mereka yang sanggup menghadapi risiko demi menjalankan tanggungjawab profesional.

Irene turut menekankan perubahan positif dalam dunia kewartawanan, di mana suara rakyat akar umbi kini lebih banyak mendapat tempat di media.

"Media hari ini bukan sahaja menyampaikan pandangan kerajaan tetapi juga memberikan platform kepada suara rakyat.

"Anda memainkan peranan besar dalam mencipta kesedaran sosial dan memastikan pandangan rakyat didengari," tambahnya.

Justeru, beliau berharap kerjasama erat antara media dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi pembangunan negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054231 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list