CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8000|Reply: 0

[Sarawak] Jalan utama ke pekan Kanowit masih banjir

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Pemantauan paras banjir yang dijalankan anggota APM pagi tadi mendapati hanya kenderaan pacuan empat roda dan jentera berat boleh melalui Jalan Penyulau-Lukut.

KANOWIT: Jalan utama memasuki pekan Kanowit di Jalan Penyulau-Lukut masih digenangi air setinggi 0.28 meter, menyebabkan laluan itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda dan jentera berat.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, banjir di kawasan itu berpunca daripada hujan berterusan yang bertembung dengan fenomena air pasang.

“Keadaan di lokasi terkawal, namun pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan menggunakan kenderaan yang sesuai untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan pagi tadi dilakukan oleh dua anggota APM menggunakan peralatan seperti penyukat paras air.

Wan Mohd Jabir menambah bahawa cuaca semasa tinjauan dilaporkan baik, namun paras air masih belum surut sepenuhnya.

Pengguna jalan raya yang tidak mempunyai kenderaan sesuai disarankan untuk menangguhkan perjalanan ke kawasan tersebut sehingga keadaan kembali normal atau menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan KJD.

Penduduk tempatan diminta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan melaporkan sebarang insiden berkaitan banjir kepada agensi berkaitan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038568 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list