CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4525|Reply: 0

[Sarawak] Sedia hadapi sebarang kemungkinan banjir kilat

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:13 PM | Show all posts |Read mode
MPHLG menerusi PBT berperanan membersihkan sungai atau longkang terutama pada musim tengkujuh



Dr Sim (depan, tengah) bersama Lee (depan, kiri) dan Tiang (depan, kanan) serta ahli jawatankuasa lain pada sidang media. - Gambar Roystein Emmor

“Kita bersiap sedia dalam menghadapi banjir sebagaimana disarankan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (pengerusi) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sarawak (JPBNS).”

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian
Timbalan Premier Sarawak

Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir kilat, dengan kerja-kerja pembersihan sungai dan longkang.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kementerian menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) memain peranan melakukan kerja-kerja pembersihan sungai atau longkang terutama pada musim tengkujuh.

“Kita bersiap sedia dalam menghadapi banjir sebagaimana disarankan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (pengerusi) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sarawak (JPBNS).

“Begitu juga bagi kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan, yang memain peranan dalam persiapan ini di mana kami bersama JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) bertindak membersihkan sungai serta longkang (agar tidak tersumbat) yang menjurus kepada banjir kilat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai penganjuran Rumah Terbuka TBC 2025 peringkat negeri yang dihadiri Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Namun kata Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, usaha berkenaan memerlukan peranan daripada orang awam agar bekerjasama dalam memastikan longkang atau sungai sentiasa dalam keadaan bersih.

Katanya, orang awam disarankan membuat laporan sekiranya mendapati ada pihak atau individu tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai atau longkang.

“Apabila JPS atau pihak majlis datang untuk membersih kita mendapati banyak sampah yang dibuang dan kita berharap orang awam bekerjasama atau membuat laporan jika mendapati ada yang tidak bertanggungjawab.

“Setiap daripada kita memainkan peranan dalam memastikan kebersihan perparitan atau sungai kita,” katanya.

Sementara itu Dr Sim berkata kerajaan kini dalam usaha menyediakan kolam takungan kering sebagai penyelesaian penting menangani masalah banjir di sekitar bandar raya ini, termasuk kawasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Katanya, sebanyak empat kolam takungan kering sedang dibina di Batu Kawah, melibatkan kawasan seluas 30 ekar tanah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list