CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4300|Reply: 0

[Sarawak] AADK Sarawak laksana ujian urin ke atas 5,280 pekerja pada 2024

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Hamediee (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta yang menyertai program tersebut.

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak telah melaksanakan ujian urin di 169 jabatan kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melibatkan seramai 5,280 pekerja pada 2024.

Daripada jumlah tersebut, seramai 51 orang telah didapati positif dadah.

Pengarah AADK Sarawak Abdul Hamediee Ibrahim berkata, isu ini perlu diberi perhatian yang serius dan intervensi yang tepat harus dilaksanakan oleh pihak majikan untuk menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang di tempat kerja.

Beliau turut menekankan pentingnya melaksanakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD), yang merupakan usaha yang wajar dan perlu disokong penuh oleh pihak majikan dan pekerja untuk menghindari musibah akibat dadah.

"Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan AADK memerangi penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan memastikan persekitaran kerja bebas daripada dadah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program TEKAD anjuran Loji Hidroelektrik Bakun (HEP) dengan kerjasama AADK Sibu baru-baru ini.

Seramai 260 kakitangan HEP menyertai program tersebut yang merupakan lanjutan daripada pelaksanaan program TEKAD Sarawak Energy Berhad (SEB) yang melibatkan 1,019 kakitangan pada penghujung 2024.

Pada masa yang sama, AADK Sarawak turut mencatatkan kejayaan besar dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah di kawasan berisiko tinggi.

Melalui Program Inisiatif Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) yang dimulakan pada 2021, AADK Sarawak telah berjaya mengubah enam kawasan berisiko tinggi kepada kawasan hijau dan program itu dijangka berakhir pada tahun ini.

Antara kawasan yang terlibat adalah Matang dan Kampung Haji Baki di Kuching, Kampung Baru dan Tanjung Bundong di Samarahan serta Bekenu dan Batu Niah di Miri.

"Keberhasilan ini menunjukkan langkah positif dalam usaha mengurangkan prevalens penyalahgunaan dadah di Sarawak.

“Melalui program ini, kami berjaya meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk dan memberi perhatian khusus kepada kawasan-kawasan berisiko tinggi.

“Program ini juga menjadi contoh bagi inisiatif berterusan dalam menangani isu penyalahgunaan dadah di seluruh negeri," katanya.

Mengenai kadar prevalens penyalahgunaan dadah, Hamediee menyatakan bahawa kadar di Sarawak masih terkawal iaitu 369 orang bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding kadar prevalens global yang lebih tinggi antara 400 hingga 1,000 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Katanya, ini menunjukkan keberkesanan program-program pencegahan yang dilaksanakan oleh AADK di peringkat negeri.

Selain itu, usaha AADK ini turut menggalakkan penglibatan majikan dalam memerangi penyalahgunaan dadah di tempat kerja melalui program seperti TEKAD dan inisiatif-inisiatif lain yang dirancang oleh AADK.

"Pihak majikan diingatkan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bebas dadah, bagi memastikan kesejahteraan pekerja," jelas beliau.

Katanya, AADK Sarawak terus komited dalam melaksanakan program pencegahan secara holistik dan berterusan dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak, untuk memastikan persekitaran yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.176679 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list