CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2339|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas vesel, tahan tiga nelayan

[Copy link]
Post time 23-1-2025 04:00 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Maritim Malaysia tahan tiga nelayan yang didapati melakukan kesalahan memukat ikan kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah vesel pukat jerut bilis di kedudukan 0.8 batu nautika Timur Laut Kunak, Selasa lepas.

Pengarah Maritim Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata operasi itu lakukan pasukan bot ronda Maritim Malaysia menerusi Op Pluto Timur 2/2013, kira-kira jam 1.30 petang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati, vesel berkenaan dikendalikan dua warga tempatan berusia 19 dan 44 tahun dan seorang warga Filipina berusia 53 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Vesel berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir.

“Semua nelayan, bot dan hasil tangkapan seberat lima kilogram itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Dzulfikhar berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.036841 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list