CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2203|Reply: 0

[Sabah] Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari

[Copy link]
Post time 23-1-2025 03:50 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.

"Menerusi inisiatif yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Selain itu, Hajiji turut mengarahkan kesemua ketua jabatan untuk memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini bagi mengelak daripada menjadi projek sakit dan terbengkalai.

“Saya menyeru kesemua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain termasuk pegawai daerah.

"Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan memastikan projek untuk rakyat disiapkan mengikut jadual," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052434 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list