CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 0

[Sabah] Christina kecam pembunuhan anak gajah borneo di Kalabakan

[Copy link]
Post time 23-1-2025 03:45 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew mengecam pembunuhan kejam seekor anak gajah borneo di Jalan Kalabakan, baru-baru ini.

Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap insiden itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung penemuan anak gajah borneo yang telah dipenggal.

“Kita difahamkan siasatan sedang dijalankan dan pihak JHL akan mengumpulkan semua bukti yang diperolehinya nanti,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Katanya, sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan, pelaku akan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Christina berkata, kejadian itu sangat menyedihkan kerana kementeriannya melalui JHL sedang berusaha melindungi dan memelihara populasi gajah borneo di negeri ini.

“Kita sangat kecewa kerana masih ada lagi individu tidak berperikemanusiaan sanggup membunuh gajah borneo yang populasinya sudah semakin berkurangan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.322633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list