CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12115|Reply: 0

Toman menyambar gewang permukaan Duo Pencil 130.

[Copy link]
Post time 23-1-2025 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Adik Qis bergaya dengan memakai gaun dan berkaca mata hitam. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.

KOTA BHARU - Memakai gaun kembang bertemakan bentuk hati, bunga ros dan memakai mahkota serta berkaca mata hitam.

Itu gaya memukau ‘Adik Qis’ sambil duduk atas sebuah kerusi kecil berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang untuk beriadah sambil menikmati makan di Bazar Serambi Malam di tengah-tengah bandar ini pada setiap hujung minggu.

Adik Qis ialah kucing betina yang berusia 17 tahun jenis British Long Hair dan dimiliki oleh Shahmir Mustapa, 34, dari Kok Lanas.

Shahmir memangku Adik Qis yang menjadi kesayangannya. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.


Kata Shahmir yang juga pencinta kucing jalanan itu, dia memelihara Adik Qis sejak dilahirkan oleh ibu kucing tersebut yang dijumpai di sebuah pasar di Machang, 20 tahun lalu.

“Saya mempunyai lebih 400 ekor kucing jalanan yang dikutip dari merata tempat dan Adik Qis antara paling disayangi kerana tidak banyak kerenah selain tak mudah sakit.

“Adik Qis boleh duduk di atas kerusi bermula dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam sambil digayakan dengan gaun dan kaca mata hitam atau mahkota,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Adik Qis yang menjadi perhatian pengunjung di Bazar Serambi Malam di Kota Bharu. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.


Shahmir memberitahu, sepanjang tempoh empat jam itu, Shahmir membekalkan kucing tersebut dengan ayam rebus dan air kosong.

Menurutnya, kucing seberat empat kilogram tersebut juga menarik ramai pengunjung yang mahu bergambar dan memberikan sumbangan derma.

“Adik Qis memberi rezeki kepada kucing-kucing lain peliharaan saya.

“Duit yang disumbangkan orang ramai kepadanya, saya gunakan untuk membeli makanannya sendiri dan untuk kucing-kucing lain juga yang dipelihara,” ujar Shahmir.

Peminat kucing cilik turut mengambil kesempatan bergambar dengan Adik Qis. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.


Katanya, Adik Qis mempunyai ratusan koleksi gaun yang dijahit sendiri oleh Shahmir.

“Kucing ini banyak memenangi pertandingan termasuk Johan Baju Merdeka di Pasar Raya Besar Mydin di Tunjong pada Ogos tahun lalu.

“Adik Qis juga kucing bertuah yang lahir pada 31 Ogos 2008,” katanya.

23 Januari 2025 :  sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.103441 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list