CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17911|Reply: 0

Prabowo puji Kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama

[Copy link]
Post time 23-1-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode

Prabowo berkata walaupun beliau tidak menetapkan sasaran berdasarkan hari atau bulan, pencapaian ini menunjukkan kemajuan dan membuktikan keberkesanan kerajaan. - Foto REUTERS

JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto memuji usaha semua anggota Kabinet Merah Putih dalam memenuhi mandat rakyat, yang merupakan tanda pencapaian tiga bulan pemerintahan beliau.

Dalam satu mesyuarat di Istana Presiden di sini pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.

"Saya juga bersyukur dalam tiga bulan ini, kami menunjukkan kepada rakyat yang dasar kami mengutamakan kepentingan rakyat dan negara," kata Prabowo dalam ucapannya yang dikeluarkan oleh Biro Sekretariat Akhbar Presiden, Media dan Informasi (BPMI).

Presiden itu berkata walaupun beliau tidak menetapkan sasaran berdasarkan hari atau bulan, pencapaian ini menunjukkan kemajuan dan membuktikan keberkesanan kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan meskipun terdapat ketegangan dan konflik global.

"Sebahagian daripada kami datang daripada parti politik, yang lain dari masyarakat umum, ahli akademik atau pertubuhan bukan kerajaan, tetapi sebaik sahaja mengangkat sumpah, tumpuan kami haruslah untuk berkhidmat kepada negara," kata beliau.

Prabowo memuji pengurusan yang lancar dan selamat bagi cuti Krismas dan Tahun Baharu 2025, mengucapkan terima kasih kepada menteri, tentera, polis dan pegawai atas usaha mereka dalam memastikan kestabilan dan keselamatan.

Beliau menekankan kepentingan kesinambungan kerajaan untuk pembangunan negara yang berjaya, memuji pentadbiran sebelumnya yang meletakkan asas yang kukuh dan menyatakan bahawa pembangunan adalah usaha jangka panjang yang memakan masa beberapa dekad.

Memberi contoh perasmian Loji Janakuasa Hidroelektrik Jatigede di Jawa Barat baru-baru ini, beliau menyoroti inisiatif dilakukan Presiden Sukarno pada 1963 dan kemudian peletakan batu asasnya pada 2015.

sumber: BERNAMA - Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082455 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list