CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20861|Reply: 0

Ratusan penduduk dipindahkan selepas sebahagian bangunan runtuh di Sydney

[Copy link]
Post time 22-1-2025 10:09 PM | Show all posts |Read mode

Bangunan 10 tingkat yang dijadualkan untuk dirobohkan sebahagiannya runtuh di Sydney. - Foto news.com.au

SYDNEY: Ratusan orang dipindahkan selepas sebahagian sebuah bangunan runtuh di tapak pembinaan di Sydney, ibu negeri New South Wales (NSW), Australia, lapor Xinhua.

Rangkaian berita 9News Australia melaporkan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke sebuah tapak di kawasan Burwood, kira-kira 10 kilometer di barat pusat bandar Sydney, selepas sebuah bangunan 10 tingkat yang dijadualkan untuk dirobohkan sebahagiannya runtuh ke atas sebuah jengkaut kira-kira 3 petang tadi waktu tempatan.

Pekerja dan penduduk di bangunan bersebelahan telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemandu jengkaut kemudiannya berjaya keluar tetapi telah diarahkan untuk kekal di dalam jentera itu bagi membantu menstabilkan struktur.

Laporan awal pasukan kecemasan sebelum ini menyatakan lelaki itu terperangkap.

Josh Turner daripada Bomba dan Penyelamat NSW memberitahu rangkaian 9News bahawa pemandu jengkaut berada di dalam kabin tertutup dan tidak berisiko mengalami kecederaan.

Beliau berkata, terdapat risiko bangunan itu boleh runtuh ke atas jalan raya dan mencederakan orang ramai.

Pasukan khas sudah dikerahkan ke lokasi untuk menguruskan bahagian bangunan yang runtuh dengan selamat. – BERNAMA-XINHUA

22 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.243872 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list