nggota bomba paras air di sebuah rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Bau, petang semalam.
KUCHING: Seramai 155 penduduk Kampung Tringgus Matan Nguan, Tringgus Rabak Rotan dan Tringgus Bong di Bau dipindahkan ke penempatan sementara disebabkan banjir kilat sejak petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kesemua penduduk tempat ditempatkan di Dewan Kampung Tringgus Bong.
“Jumlah mangsa yang dipindahkan ke penempatan sementara ialah 38 keluarga, terdiri daripada 21 warga emas, 93 dewasa, 39 kanak-kanak dan dua bayi.
“Tiada pusat perpindahan sementara (PPS) dibuka di lokasi, hanya penempatan sementara (Dewan Kampung Tringgus Bong) sebab keadaan air telah surut sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, berlaku kejadian jambatan runtuh di kampung berkenaan disebabkan banjir kilat di kampung itu sejak petang semalam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
|