menyebabkan limpahan air dari longkang di salah satu tiangnya, adalah berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, yang menerima laporan mengenai situasi itu, petang semalam, segera menghubungi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu tersebut.
"MAHB telah mengesahkan bahawa mereka menghantar kontraktor untuk memeriksa tapak dan mengambil tindakan yang perlu," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang semalam.
Menteri berkenaan menggesa pihak berkuasa lapangan terbang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap infrastruktur Lapangan Terbang Miri bagi mengelak kejadian serupa berulang, kerana kejadian sedemikian boleh menjejaskan pengalaman pengunjung yang tiba.
Beliau berkata infrastruktur lapangan terbang sedia ada sudah berusia lebih 20 tahun dan beliau berharap sementara rancangan untuk pembesaran lapangan terbang sedang dijalankan, perhatian sama diberikan kepada penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan semasa.
Lee turut mengulangi kepentingan memastikan persekitaran yang selamat dan mesra untuk pelancong dan menyatakan komitmennya untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menangani kebimbangan ini dengan segera.
|