CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5848|Reply: 0

[Sarawak] Sistem I-Syariah kini jadi penanda aras negeri dan agensi lain

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:49 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tiga kanan) menerima Journal Mahkamah Syariah Edisi Khas sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 daripada Awang Suhaili (dua kiri). Turut kelihatan, Asfia (dua kanan), Abu Bakar (kiri) dan Abdul Karim (kanan). – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sistem I-Syariah, yang dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS)  dengan kerjasama Sarawak Information Systems (SAINS), kini dijadikan penanda aras oleh Mahkamah-mahkamah Syariah negeri-negeri serta beberapa agensi lain.

Ketua Hakim Syarie Sarawak Datu Awang Suhaili Ledi berkata, sistem ini merupakan usaha penambahbaikan berterusan membabitkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, yang bertujuan meningkatkan pengurusan kes dan pentadbiran kehakiman.

Menurutnya, sistem ini selari dengan dasar kerajaan Sarawak iaitu ‘Digital Government’ dan dilengkapi dengan modul Kecerdasan Buatan (AI).

“Alhamdulillah, sistem ini telah dijadikan penanda aras oleh Mahkamah-mahkamah Syariah negeri-negeri lain dan beberapa agensi lain sama ada di peringkat persekutan atau negeri.

“Cuma sistem ini belum dilancarkan secara rasmi. Insya-Allah, pihak kami dengan penuh hormat akan menjemput Yang Amat Berhormat Premier Sarawak untuk merasmikannya dalam konvensyen yang akan diadakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Makan Malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 di Riverside Majestic di sini pada malam Selasa, yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Awang Suhaili berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengangkat imej Badan Kehakiman Syariah sebagai institusi yang berwibawa dalam menegakkan keadilan berasaskan undang-undang dan hukum syarak.

Ini katanya, dibuktikan dengan penganjuran Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 yang julung kali diadakan, yang juga bertujuan untuk memperbaharui komitmen terhadap prinsip-prinsip keadilan, kecekapan dan integriti dalam institusi serta sistem perundangan syariah.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus berusaha mengadakan pelbagai program kesedaran berkaitan perundangan Islam dalam konteks yang sesuai di samping mengkaji, meminda dan menggubal ordinan dan kaedah baharu agar selari dengan keperluan semasa.

“Seterusnya, pihak kami juga telah melaksanakan pelbagai bentuk latihan sama ada di dalam atau di luar negara bagi meningkatkan kompetensi Hakim dan pegawai di Mahkamah Syariah.

“Kami juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif kualiti dan Alhamdulillah, pencapaian terkini pihak kami adalah semasa Audit Pensijilan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 8 hingga10 Januari 2025.

“Menerusinya, kami telah disyorkan untuk mendapat Pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan MS1900:2014 Sistem Pengurusan Berasaskan Syariah,” jelas Awang Suhaili.

Beliau memberitahu ia merupakan antara pencapaian yang telah diperolehi pihaknya, selain Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) dan lain-lain.

Hadir sama semasa majlis, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list