CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5563|Reply: 0

[Sarawak] Rang undang-undang untuk pinda Ordinan Bangunan Sarawak 1994 dibentang tahun ini

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:45 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (depan kanan) semasa bercakap pada sidang media tersebut. Turut kelihatan Jamri (kiri). - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Rang undang-undang untuk meminda Ordinan Bangunan Sarawak 1994 akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pindaan itu juga termasuk garis panduan Indeks Bangunan Hijau, pengecas kenderaan elektrik (EV) serta ciri keselamatan kebakaran yang dinasihatkan oleh bomba.

"Sarawak Attorney General's Chambers (SAGC) berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan tahun ini tetapi mereka belum memutuskan bila dan mungkin pada Mei ini, cuma yang pasti pasti tahun ini.

“Kami sepatutnya membentangkannya tahun lepas tetapi disebabkan undang-undang lain yang lebih mendesak, kami terpaksa menundanya sehingga tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Keselamatan Kebakaran yang diadakan di Wisma Wan di Tabuan Jaya di sini hari ini.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut membantu menyumbang banyak kemas kini untuk dimasukkan di bawah ordinan – peraturan baharu.

Selain itu, Dr Sim menekankan bahawa bangunan-bangunan baharu dan lama perlu mematuhi peraturan yang telah dikemas kini.

Beliau memberi jaminan bahawa ordinan itu akan merangkumi peruntukan yang membenarkan tempoh tangguh untuk pelarasan yang diperlukan.

"Jika anda melihat bangunan lama, ia mungkin mempunyai nilai sejarah tetapi tanpa ciri keselamatan yang dikemas kini, maka ia  boleh terbakar sepenuhnya semasa kebakaran.

“Oleh itu, sejumlah kecil wang yang dibelanjakan untuk keselamatan boleh menyelamatkan rumah anda dan juga nyawa.

"Jangan risau kerana ada peruntukan suatu masa nanti. Tunggu sehingga rang undang-undang itu dibentangkan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bomba Sarawak Jamri Masran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086215 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list