CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4541|Reply: 1

[Sarawak] Lebih 11,000 dijangka membanjiri kaunter khidmat pelanggan SKAS Limbang-Lawas

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:36 PM | Show all posts |Read mode


(Barisan tengah dari enam kiri) Hasbi, Yunus, Teo dan jawatankuasa Persatuan Hokkien Limbang bergambar bersama pasukan tarian singa pada acara pembukaan mata singa di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Pembukaan kaunter khidmat pelanggan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak  (SKAS) Daerah Limbang dan Lawas mendapat sambutan luar biasa dengan sasaran kehadiran  lebih 11,000 penduduk dari kedua-dua daerah itu.

Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi berkata, kaunter yang dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang dibanjiri penduduk sejak dibuka pada Jumaat.

Beliau berkata, ia diadakan untuk membantu penduduk memahami prosedur dan kelayakan berkaitan SKAS.

“Kaunter SKAS di Limbang mendapat sambutan ramai dan berjaya.

"Masih ada penduduk yang datang jam 5.45 petang pada pembukaan kaunter itu tiga hari berturut-turut dan yang terakhir pada Isnin.

“Kita sasarkan penduduk di Lawas dan Limbang yang datang pada program itu melebihi 11,000 orang,” katanya ketika ditemui media pada Program Acara Pembukaan Mata Singa anjuran Persatuan Hokkien Limbang hari ini.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Persatuan Hokkien Limbang Teo Ho Hin.
Yunus turut meminta penduduk yang tidak layak mendapat SKAS untuk membuat rayuan bermula 1 Februari depan.

Kaunter khidmat pelanggan SKAS Daerah Limbang dibuka pada 18 hingga 20 Januari lalu di Gelanggang Petanque Dewan Suarah Limbang, sebelum disambung di daerah Lawas bermula semalam hingga Khamis ini di Arena Lawas.

Program ini merupakan inisiatif bersama Pejabat Daerah Limbang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan urusan permohonan, pendaftaran serta memberi pencerahan kepada penduduk mengenai isu-isu yang dihadapi.

Bagi pemohon yang belum memiliki akaun Sarawak ID, kaunter khas disediakan untuk membantu mereka mendaftar.

Selain itu, mereka yang sudah layak dan mempunyai akaun boleh membuat pendaftaran terus di kaunter S Pay Global.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti semasa operasi kaunter ini, antaranya, pemohon tiada akaun Sarawak ID, masalah pengecaman wajah, kehilangan kata laluan dan ketidaksesuaian maklumat seperti nombor telefon yang tidak sepadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2025 02:37 PM | Show all posts
Gangguan talian Internet jejas kelancaran pendaftaran penerima SKAS di Lawas



Penduduk Lawas yang mendaftar untuk menerima SKAS di Arena Lawas.
LAWAS: Gangguan talian Internet menjejaskan kelancaran pendaftaran Sarawak ID dan SPAY Global bagi penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di sini, semalam.

Difahamkan kaunter yang dibuka seawal jam 8 pagi di Arena Lawas diserbu ratusan penduduk yang ingin mendaftar untuk mendapat bantuan SKAS itu.

Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari Awang Ibrahim Ahmat yang ditemui memberitahu, pihaknya telah menyumbang minuman kepada petugas SKAS.

"Kita tampil membantu apabila pihak Pejabat Daerah Lawas mohon sumbangan untuk petugas khususnya air mineral dan lainnya.

"Pihak RELA turut membantu memastikan pendaftaran SKAS ini berjalan lancar walaupun nampak sedikit tercalar apabila berlaku gangguan capaian Internet di Lawas," katanya ketika ditemui hari ini.

Sejumlah enam kaunter pendaftaran dan semakan kelayakan SKAS telah dibuka.

Selain itu, terdapat kaunter untuk golongan berkeperluan khas dan empat kaunter masing-masing untuk zon Trusan, bandar Lawas, Merapok dan Sundar/Awat-awat.

Tinjauan mendapati ramai yang datang awal adalah warga emas dari kampung di pedalaman termasuk di Ulu Trusan dan Merapok.

Manakala ramai lagi pemohon dari kawasan Ba'Kelalan dan sepanjang kawasan tanah tinggi di pedalaman Lawas dijangka sampai ke Arena pada sebelah petang atau pagi ini.

Bagaimanapun terdapat segelintir yang kecewa apabila mendapati mereka tidak layak dan tidak dapat mengemukakan permohonan SKAS kerana tidak memiliki telefon bimbit yang boleh melayari Internet serta tidak memiliki Sarawak ID.

Dayangku Sermah Awangku Bakar, 67, dari Trusan sedih kerana terpaksa meminjam telefon anak saudara kerana memiliki telefon bimbit model lama yang hanya dapat digunakan untuk menerima dan membuat panggilan sahaja.

Keadaan ini turut dialami beberapa lagi penduduk yang datang jauh dari kawasan hulu dan tanah tinggi yang memberitahu bahawa mereka hanya memiliki telefon bimbit model lama yang memiliki fungsi terhad.

Suasana bagaimanapun tetap terkawal dan tenang kerana petugas di lapangan turut memberi kerjasama baik dan layanan yang sopan.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... erima-skas-di-lawas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044377 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list