CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4450|Reply: 0

[Sarawak] Hormati prinsip pengasingan kuasa bagi wujudkan sistem kehakiman syariah bebas

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-1-2025 09:29 AM



Tun Wan Junaidi menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan selepas menyampaikan Syarahan Negarawan sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah di Kuching, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru semua pihak untuk menghormati prinsip pengasingan kuasa bagi mewujudkan sistem kehakiman syariah yang bebas.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau berkata ia akan membolehkan Mahkamah Syariah menguatkuasakan undang-undang syariah dengan lebih berkesan sekali gus meningkatkan keyakinan orang awam khususnya umat Islam di Sarawak terhadap ketelusan dan keadilan yang ditawarkan oleh sistem perundangan syariah negeri ini.

Tambah Tun Wan Junaidi, prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman perlu difahami, dilaksanakan dengan tegas dan dihormati sepenuhnya bagi memastikan setiap badan kerajaan melaksanakan fungsi serta tanggungjawabnya tanpa sebarang gangguan atau pengaruh daripada pihak lain.

“Dalam konteks Mahkamah Syariah yang menjalankan fungsi kehakiman, prinsip ini amat penting untuk memastikan keputusan mahkamah dibuat secara bebas, adil dan berdasarkan prinsip murni undang-undang Islam.

“Pendekatan ini bukan sahaja memartabatkan integriti Mahkamah Syariah tetapi juga menanam keyakinan orang ramai terhadap kemampuan badan kehakiman membuat keputusan tanpa tekanan atau campur tangan mana-mana pihak.

“Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk menghormati prinsip pemisahan kuasa ini bagi mewujudkan sistem kehakiman syariah yang bebas,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Negarawan sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Tun Wan Junaidi turut menekankan langkah-langkah utama untuk memperbaiki pentadbiran sistem kehakiman, termasuk menyusun semula sumber manusia, meningkatkan keupayaan hakim dan pegawai syariah, memperkukuhkan teknologi digital dalam pengurusan kes serta menggubal undang-undang yang relevan selaras dengan perkembangan semasa.

“Saya juga menyokong usaha Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) untuk memperluaskan hierarki Mahkamah Syariah daripada tiga kepada empat peringkat melalui penubuhan Mahkamah Tertinggi Syariah seperti yang direalisasikan di Perak dan Sabah,” tambah beliau.

Yang di-Pertua Negeri percaya hakim-hakim syariah di Sarawak dapat memahami konteks sosiobudaya masyarakat Islam tempatan yang pelbagai sekali gus membolehkan mereka membuat keputusan yang adil dan inklusif selaras dengan keperluan serta realiti masyarakat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061905 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list