CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4267|Reply: 0

[Sarawak] Program Engagement SKAS Daerah Sibu di Stadium Tertutup Sibu hingga Khamis

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode


Sebanyak 12 kaunter dibuka untuk urusan pendaftaran Sarawak ID dan S Pay Global di di Stadium Tertutup Sibu bermula hari ini.

SIBU: Program Engagement Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi daerah Sibu bermula hari ini di Stadium Tertutup Sibu.

Program yang dijadualkan berlangsung sehingga Khamis ini diadakan dalam dua sesi harian, iaitu sesi pagi jam 8 pagi hingga 1 petang dan sesi petang jam 2 hingga 5 petang.

Ketika tinjauan Utusan Borneo, orang ramai menunggu di ruang terbuka Stadium Tertutup di mana terdapat kerusi disediakan.

Tinjauan juga mendapati 12 kaunter dibuka supaya urusan proses pendaftaran SKAS berjalan lancar.

Program anjuran Pejabat Daerah Sibu itu bertujuan membantu rakyat yang layak mendaftar Sarawak ID dan S Pay Global untuk memudahkan proses penerimaan bantuan SKAS.

Sepanjang program, orang ramai berpeluang mendapatkan bantuan teknikal secara langsung daripada pihak penganjur.

Orang ramai yang hadir diingatkan supaya membawa telefon pintar masing-masing dan memastikan mereka telah menyemak status kelayakan SKAS melalui laman sesawang rasmi https://www.sarawak.gov.my/web/home/p service catalogue/757.

Permohonan rayuan SKAS juga akan dibuka mulai 1 Februari hingga 31 Mac ini melalui laman sesawang tersebut.


https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250121/sbw-ub210125-ba-skas-p1.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.221505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list