Azizul merakam kenangan bersama murid SK Sematan pada Majlis Serahan Sumbangan Akaun SSPN di Sematan.
KUCHING: Seramai 200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sematan menerima sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dalam satu majlis di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Hitam di Sematan, semalam.
Azizul berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif baik yang dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutama penerima.
“Terima kasih kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sarawak atas inisiatif ini, yang turut meringankan beban murid dan keluarga yang kurang bernasib baik,” katanya.
Pada majlis itu, Azizul turut menyerahkan makanan asas kepada keluarga memerlukan di Sematan.
|