CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3783|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tuan rumah EIC Connect Energy Borneo 2025, 25-26 Februari

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:23 PM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland (empat kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur selepas sidang media mengenai EIC Connect Energy Borneo 2025 di Kuching. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi Majlis Industri Tenaga (EIC) Connect Energy Borneo 2025 yang berlangsung pada 25 hingga 26 Februari depan.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan program itu di Hikmah Exchange Event Centre.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak akan terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga bersih melalui kemajuan dalam projek tenaga diperbaharui termasuk pengeluaran hidrogen, tenaga solar dan hidro.

Beliau turut menekankan usaha kerajaan dalam pembangunan kapasiti melalui program baharu dan kurikulum khusus yang direka untuk melengkapkan tenaga kerja Sarawak dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan sektor tenaga pada masa depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas EIC Connect Energy Borneo 2025 di sini hari ini.

Tambah beliau, lebih 800 delegasi dan 25 pempamer dijangka hadir mempamerkan teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian terkini yang membentuk landskap tenaga global dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) serta Business Events Sarawak (BESarawak).

Antara sesi utama dalam program ini termasuk Net Zero Sebagai Pemangkin Kemakmuran Ekonomi, Ketahanan Minyak dan Gas: Memastikan Keselamatan Tenaga di Tengah Peralihan, Kecerdasan Buatan dan Tenaga serta Teknologi Berasaskan Angkasa Untuk Peralihan Tenaga, ujarnya.

EIC Connect Energy Borneo 2025 menyediakan ruang untuk para profesional industri, pembuat dasar dan inovator membincangkan isu-isu penting yang membentuk masa depan tenaga serantau.

EIC Connect Energy Borneo 2025 juga dijangka menjadi acara yang berimpak besar, mengukuhkan visi Sarawak sebagai hab tenaga mampan ASEAN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033292 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list