CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3775|Reply: 0

[Sarawak] Rh Irene Rafael terputus hubungan akibat banjir, 16 KIR terjejas

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:22 PM | Show all posts |Read mode


Anggota APM Daerah Sibu menjalankan pemantauan di jalan utama menuju ke Rh Irene Rafael di Kanowit lewat petang Isnin.

KANOWIT: Sebanyak 16 KIR melibatkan 57 penduduk terjejas selepas kawasan rendah di jalan utama menuju ke Rumah (Rh) Irene Rafael dinaiki air setinggi 0.41 meter akibat hujan berterusan sejak petang Isnin.

Jalan tersebut kini tidak dapat dilalui kenderaan, mengakibatkan rumah panjang tersebut terputus hubungan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, seramai 57 penduduk terjejas akibat banjir di Kanowit.

"Hujan berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

"Jalan utama menuju ke Rh Irene Rafael kini tidak boleh dilalui, namun keadaan masih terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tinjauan yang bermula jam 5 petang dan selesai jam 6.05 petang Isnin melibatkan tiga anggota APM yang diketuai SM (PA) Colina Mandi.

Turut digunakan dalam operasi adalah peralatan seperti penyukat air, kasut keselamatan, dan jaket keselamatan.

Penduduk diingatkan agar terus berwaspada dan segera melaporkan sebarang perubahan situasi kepada pihak berkuasa.

"Pihak kami akan terus memantau keadaan dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya jika paras air meningkat," tambah Wan Mohd Jabir.

Penduduk diingatkan agar terus berwaspada dan segera melaporkan sebarang perubahan situasi kepada pihak berkuasa.

“Pihak kami akan terus memantau keadaan dan bersedia mengambil tindakan sewajarnya jika paras air meningkat,” tambah beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list