CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3700|Reply: 0

[Sabah] PPM rampas 952 kotak ayam beku tanpa permit

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:15 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Kotak berisi ayam beku yang dirampas Pasukan Polis Marin di kawasan Kampung Kionsom, Inanam, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan empat lelaki dan merampas 952 kotak ayam sejuk beku yang tidak mempunyai permit import yang sah di kawasan Kampung Kionsom, Inanam di sini.

Suspek yang berusia 19 hingga 50 tahun itu, ditahan kira-kira jam 10 pagi selepas PPM Kota Kinabalu menahan dua lori dan van apabila menerima maklumat daripada orang awam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pemeriksaan di dalam semua kenderaan termasuk cool room, menemukan 952 kotak putih ayam beku yang diimport daripada Poland.

"Semua ayam beku itu dipercayai cuba di bungkus semula ke kotak baru. Pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa ketul ayam beku di dalam plastik biru disyaki meminta tarikh luput.

"Semua barangan ini dipercayai tidak mempunyai permit dan mengimport makanan dengan lesen yang tidak sah," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan operasi turut menahan empat lelaki dan tiga kenderaan disita untuk tindakan lanjut.

"Anggaran nilai rampasan termasuk aset kenderaan bernilai RM507,273.

"Kes diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan kes disiasat mengikut Enakmen Haiwan 2015," katanya.

Sementara itu, beliau berkata tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pelaku dan orang awam dinasihatkan supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034534 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list