CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3856|Reply: 0

[Sabah] RHB tetapkan harga sasaran RM0.55 untuk Colform

[Copy link]
Post time 22-1-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode


CEMERLANG: Colform Group Berhad dijangka terus berkembang di Malaysia.

KOTA KINABALU: Colform Group Berhad, pakar keluli dan bahan binaan yang berpangkalan di Malaysia Timur telah menerima harga sasaran yang positif sebanyak RM0.55 daripada RHB Investment Bank.

Dalam kenyataan semalam, Colform Group Berhad berkata, harga itu adalah untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Harga sasaran ini menunjukkan potensi peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding harga IPO sebanyak RM0.36 sesaham, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi terhadap prospek pertumbuhan kumpulan berkenaan.  

RHB menonjolkan aliran pendapatan yang pelbagai dengan kedudukan strategik Colform dalam industri keluli hiliran sebagai kekuatan utama.

Syarikat berkenaan mengkhususkan dalam pembuatan, pemprosesan dan perdagangan produk keluli seperti kepingan bumbung, sistem kerangka Binaan Berindustri (IBS), dan penghadang jalan, perkhidmatan bekalan, pemasangan dan pengurusan projek.  

Menurut laporan RHB, Colform mencatatkan hasil sebanyak RM89.2 juta pada 2023, peningkatan ketara berbanding RM61.7 juta pada 2022.

Pertumbuhan itu didorong oleh pemulihan sektor pembinaan pasca pandemik dan peningkatan permintaan daripada pelanggan kontraktor.

RHB menjangkakan keuntungan bersih Colform mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 42.7 peratus diantara 2023 sehingga 2026, sekali gus menunjukkan peningkatan dalam jumlah pesanan dan keuntungan.  

Ketika ini, Colform mempunyai tempahan bernilai RM34.6 juta, di mana RM15 juta daripadanya diperoleh daripada perkhidmatan bekalan dan pemasangan yang berkeuntungan tinggi.

RHB percaya bahawa aliran pendapatan yang pelbagai ini membentuk asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan syarikat berkenaan.

Menurut RHB, pendapatan Colform melonjak sebanyak 44.5 peratus pada 2023 kepada RM89.2 juta didorong oleh pemulihan sektor pembinaan pasca pandemik dan peningkatan permintaan terhadap produknya.

Dengan tempahan bernilai RM34.6 juta, syarikat berkenaan berada dalam kedudukan yang baik untuk pertumbuhan berterusan.  

RHB meramalkan keuntungan bersih Colform mencatatkan CAGR sebanyak 42.7 peratus dari 2023 sehingga 2026, disokong oleh projek infrastruktur yang disokong kerajaan serta peningkatan penggunaan penyelesaian IBS.

Projek utama seperti Lebuhraya Pan Borneo dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dijangka merangsang permintaan terhadap produk keluli di Malaysia Timur.  

RHB menekankan peranan inisiatif kerajaan, seperti peruntukan RM6.7 bilion untuk pembangunan infrastruktur di Sabah di bawah Belanjawan 2025.

Projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dijangka terus meningkatkan permintaan terhadap produk keluli, terutamanya penyelesaian IBS.  

Colform merancang untuk menggunakan RM41.2 juta yang diperoleh daripada IPO untuk tujuan strategik, termasuk pengembangan ke Semenanjung Malaysia (RM5.1 juta), penubuhan colour coil coating production line (RM9.0 juta), dan pembinaan kemudahan penyimpanan tambahan (RM4.5 juta).


PELUANG: RHB meletakkan Colform sebagai peluang pelaburan menarik.

Rangkaian pengeluaran baharu ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar, meningkatkan kawalan kos dan kecekapan operasi.  

Kesimpulannya, tempoh permohonan IPO Colform akan ditutup pada 23 Januari 2025 dengan penyenaraian dijadualkan pada 10 Februari 2025.

Disokong oleh dasar kerajaan yang menggalakkan dan strategi pertumbuhan yang dilaksanakan dengan baik, laporan RHB meletakkan Colform sebagai peluang pelaburan menarik bagi pelabur yang ingin memanfaatkan industri keluli hiliran Malaysia yang sedang berkembang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.032372 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list