MIRI: Gara-gara memiliki wang secara tidak sah di dalam akaunnya, seorang wanita didenda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ashok Linggam setelah tertuduh, Joy LiewChing Ming, 21, dari Taman Green Height, Jalan Brayun, Sri Aman mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500.
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah memiliki wang berjumlah RM19,900 di dalam akaun banknya yang diperolehi secara tidak sah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 11.34 pagi, 11 Mac 2024 di sebuah lot di Milea Residence Fasa 3, Eastwood Parkcity Bypass di sini.
Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
|