CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6485|Reply: 0

[Sarawak] Masih ada yang berasa terancam dengan kebangkitan Sarawak

[Copy link]
Post time 20-1-2025 12:45 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (tujuh kiri), Wee (enam kiri) dan ahli jawatankuasa persekutuan merakamkan kenangan pada majlis tersebut.

KUCHING: Masih ada yang berasa terancam dengan kebangkitan Sarawak sebagai wilayah yang kuat dalam Malaysia, kata Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, wawasan Sarawak maju dan status berpendapatan tinggi menjelang 2030 sebagai peringkat ‘dewasa’ bukanlah satu perjalanan yang mudah, tetapi Sarawak tidak mahu lagi dianggap sebagai ‘budak-budak’.

"(Sekarang ada) peluang kecil untuk kita membesar menjadi dewasa, tetapi juga (ia) ancaman kepada orang lain. (Ini) kerana (ada) orang tidak mahu Sarawak menjadi kuat.

"Kalau Sarawak kuat, (ini akan) buat orang lain nampak buruk," katanya pada Majlis Bersama Media anjuran Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak untuk menghargai nilai, tradisi dan budaya mereka, dan mempunyai semangat 'Agi Idup, Agi Ngelaban' untuk menentang percubaan melemahkan Sarawak.

Beliau juga menggesa rakyat Sarawak untuk terus bersatu dan kekal harmoni, dan terus berusaha untuk membantu Sarawak mencapai visinya.

"Orang lain akan mencuba pelbagai cara untuk memastikan Sarawak tidak mencapai pembangunan negarinya dengan begitu pantas, yang sememangnya wajar.

"Jika saya dari Semenanjung Malaysia saya akan melakukan perkara yang sama juga kerana Sarawak melakukannya dengan baik ia membuatkan saya kelihatan sangat teruk," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Cina Dato Richard Wee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.095809 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list