CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6396|Reply: 0

[Sarawak] Terminal Bas Miri Sentral bukti kemajuan bandar raya Miri

[Copy link]
Post time 20-1-2025 12:43 PM | Show all posts |Read mode


Yii mengimbas kad tanda simbolik praperasmian Terminal Bas Miri Sentral, hari ini.

MIRI: Terminal Bas Miri Sentral adalah bukti kemajuan bandar raya Miri, kata Datuk Bandar Adam Yii.

Berucap pada majlis prapelancaran terminal itu hari ini, Yii berkata, ia merupakan terminal bas yang canggih dengan reka bentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan pengangkutan.

Pembinaannya turut mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang moden, mudah diakses dan cekap, katanya.

"Pencapaian ini adalah hasil usahasama antara Kerajaan Sarawak, Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri.

"Kami bersama mencipta kemudahan yang bukan sahaja menangani pengangkutan keperluan hari ini, tetapi juga menjangka keperluan hari esok," jelas beliau.
Yii berharap terminal bas itu akan menjadi lebih daripada sekadar sebuah kemudahan pengangkutan.

Beliau turut membayangkan terminal itu sebagai asas ketersambungan, aktiviti ekonomi dan keterangkuman.

"Ia harus berfungsi sebagai pintu masuk yang meningkatkan mobiliti untuk semua, menambah baik perjalanan harian penduduk, dan mengalu-alukan pelawat untuk menikmati keindahan dan keramahan Miril," katanya.

Justeru, Yii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut menggalakkan semua pihak berkepentingan agar berbangga dengan kemudahan yang disediakan dan menggunakannya secara bertanggungjawab.

Kerjasama semua pihak penting untuk memastikan kemudahan itu kekal sebagai simbol kemajuan dan mencerminkan keprihatinan terhadap komuniti, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.219430 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list