CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22645|Reply: 0

[Sabah] I.P.L.A.N.T perkasa usaha penghijauan Hutan Paya Gambut Klias, Beaufort

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:18 AM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Isnin (enam dari kiri) bergambar kenangan dengan semua yang hadir dalam program itu.

BEAUFORT: Program Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri Taman Terindah (I.P.L.A.N.T.) yang berlangsung di Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias, Beaufort menjadi bukti komitmen Sabah dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih semasa merasmikan program berkata, usaha ini menonjolkan langkah proaktif negeri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan landskap hijau dan biodiversiti.

“Kita memberikan penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dengan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti penanaman pokok ini.

“Program I.P.L.A.N.T selaras dengan Teras 5 Dasar Landskap Negeri Sabah yang bertujuan membudayakan kecintaan terhadap landskap serta menyokong agenda pembangunan mampan seperti yang digariskan dalam The 2030 Agenda for Sustainable Development dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025,” katanya.

Pada program ini, sebanyak 150 pokok ditanam menjadikan jumlah keseluruhan pokok yang ditanam dalam inisiatif I.P.L.A.N.T kepada 326,845.

Katanya, langkah ini menyumbang kepada sasaran penanaman 1.3 juta pokok menjelang 2033.

“Hutan Paya Gambut Klias yang meliputi kawasan seluas 3,630 hektar, dikenal pasti sebagai kawasan penting dalam pemuliharaan tanah lembap, habitat biodiversiti dan perlindungan spesies haiwan terancam seperti Orang Utan dan Monyet Proboscis.

“Pentingnya kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat kerana sejak dilancarkan pada 2020, program I.P.L.A.N.T berjaya mengadakan sesi libat urus bersama 26 pihak berkuasa tempatan di Sabah,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, program seumpama turut dilaksanakan di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran dan Hutan Simpan Kudat dengan melibatkan institusi pendidikan dan komuniti tempatan.

“Melalui program ini, kita tidak hanya menanam pokok, tetapi juga memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga kelestarian alam sebagai tanggungjawab bersama.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk terus menyokong program seperti ini sebagai usaha menangani isu perubahan iklim dan memastikan kelestarian generasi akan datang.

“Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha Sabah untuk mengekalkan gelaran Negeri Taman Terindah dan memperkukuh peranannya dalam pemeliharaan alam sekitar global,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.169051 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list