CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25118|Reply: 0

Kenal di Tinder, Sanjna Suri pilih lelaki Belgium sebagai suami

[Copy link]
Post time 17-1-2025 10:55 PM | Show all posts |Read mode





Selepas enam tahun bercinta, pelakon dan bekas ratu cantik, Sanjna Suri, 31, selamat bergelar isteri kepada jejaka berasal dari Belgium bernama Bram Demeulenaere.


Majlis perkahwinan tersebut diadakan secara tertutup di Bayswater KLCC pada pukul 2 petang tadi dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat.


Sanjna berkata, dia memilih Bram, 37 sebagai suami kerana keserasian selain lelaki itu memiliki banyak persamaan dengan bapanya.


“Dia ada kualiti sama seperti bapa. Dia bukan sahaja mampu menjaga saya dengan baik tetapi juga orang terdekat dengan saya. Paling menarik, pekerjaan dia dengan bapa saya juga lebih kurang sama.


“Bapa bekerja dengan bank dan Bram bertugas sebagai konsultan kewangan, bidang yang sama. Sikap dan kualitinya memang sama seperti bapa.


“Selain itu, dia boleh menyesuaikan diri dengan makanan dan budaya kita, itu yang menyebabkan saya jatuh hati padanya,” ujar Sanjna yang popular dengan filem Pulau.


Pemenang Miss Supranational Malaysia 2018 dan Miss Intercontinental Malaysia 2017 itu berkongsi, perkenalan mereka bermula menerusi aplikasi Tinder selepas dia menyertai pertandingan ratu cantik.


“Saya tidak menggunakan nama dan wajah yang sebenar dalam aplikasi itu. Sebulan selepas pertemuan pertama kami pergi bercuti di Bali, Indonesia. Semasa bercuti saya lihat kami sekepala dan sukakan cabaran, jadi di sana cinta berputik dan menjadi serius,” tutur Sanjna.


Selepas bergelar isteri, Sanjna akan meneruskan karier seni seperti biasa dan berharap suaminya dapat bekerja di Malaysia.


“Bram tidak menghalang malah, menggalakkan saya meneruskan kerjaya seni di sini. Cuma dia memang sukakan Malaysia dan merancang untuk tinggal di sini pada masa depan,” jelas Sajna.


Terdahulu pada Selasa lalu, Sanjna dan Bram telah mengadakan majlis Sangeet Night di Glasshouse Seputeh yang dihadiri oleh keluarga dan rakan artis antaranya Diana Danielle, Adeline Tsen, Nelissa Nizam, Julia Farhana dan Syamim Freida.  




Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042605 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list