CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13719|Reply: 0

Penerbangan Moscow-Dubai Utair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal

[Copy link]
Post time 12-1-2025 08:36 AM | Show all posts |Read mode

Penerbangan Moscow-Dubai Utair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal.


MOSCOW - Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas menerima maklumat mengenai perubahan pada paras cecair hidraulik, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Syarikat penerbangan menafikan maklumat mengenai pendaratan cemas pesawat yang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai pada 11 Januari 2025. Selepas berlepas, maklumat diterima mengenai perubahan paras cecair hidraulik," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.


Kemudian pada hari yang sama, UTair mengesahkan bahawa pesawat berkenaan telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di Moscow.

"Demi keselamatan, kapten membuat keputusan untuk kembali ke Vnukovo. Pendaratan dilakukan dalam keadaan normal pada jam 2.41 petang waktu Moscow (11.41 pagi GMT)," kata UTair dalam satu kenyataan berasingan.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat, menurut kenyataan itu. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048539 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list