CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13585|Reply: 0

Semua 18 kru warga Vietnam diselamatkan daripada kapal kargo tenggelam

[Copy link]
Post time 12-1-2025 08:26 AM | Show all posts |Read mode

Semua 18 kru warga Vietnam daripada kapal kargo Dolphin 18 yang tenggelam telah diselamatkan oleh kapal kontena berdaftar di Hong Kong, Nicolai Maersk, kira-kira 274 batu nautika ke barat daya Vung Tau, Vietnam, pada Sabtu. Gambar hiasan


SINGAPURA - Semua 18 kru warga Vietnam daripada kapal kargo Dolphin 18 yang tenggelam telah diselamatkan oleh kapal kontena berdaftar di Hong Kong, Nicolai Maersk, kira-kira 274 batu nautika ke barat daya Vung Tau, Vietnam, pada Sabtu.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) menerima panggilan kecemasan daripada Nicolai Maersk sekitar jam 7 pagi bahawa kapal itu menerima panggilan kecemasan daripada kapal kargo berdaftar di Vietnam yang berada dalam Kawasan Mencari dan Menyelamat Maritim Singapura.


MPA berkata, MRCC telah menyelaraskan usaha mencari dan menyelamat, serta segera mengeluarkan siaran pengemudian untuk kapal-kapal berhampiran supaya membuat pemantauan dan melaporkan penemuan kapal yang dalam kecemasan. Agensi itu juga memaklumkan rakan sejawat mereka di Vietnam.

"Nicolai Maersk tiba di lokasi tidak lama selepas itu dan berjaya menyelamatkan semua kru daripada bot penyelamat. Semua kru yang diselamatkan berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan itu.

Nicolai Maersk dijadualkan menurunkan kru yang diselamatkan di pelabuhan seterusnya, Tanjung Pelepas, Malaysia. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list