CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10912|Reply: 0

Enjin pesawat Boeing terbakar

[Copy link]
Post time 12-1-2025 08:04 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan ratusan penumpang diturunkan daripada pesawat Boeing 757-300 selepas enjinnya terbakar. - X


SAINT PAUL, MINNESOTA – Sebuah pesawat Delta Airlines mengalami detik cemas apabila satu enjinnya terbakar sebelum berlepas dalam nahas di Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.10 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson, negeri Minnesota pagi semalam.

Pesawat Boeing 757-300 itu membawa 201 penumpang, dua juruterbang dan lima pramugari.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan Delta Airlines berkata, beratus-ratus penumpang terpaksa dipindahkan menggunakan gelongsor kecemasan.

“Empat penumpang cedera semasa operasi pemindahan dengan seorang dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,  manakala tiga lagi dirawat di tempat kejadian,” katanya.

Rakaman dimuat naik di platform media sosial menunjukkan penumpang turun dari pesawat sebelum dibawa ke terminal dengan bas.

“Enjin pesawat itu terbakar semasa ribut salji, menyebabkan pembatalan dan kelewatan,” tambahnya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, siasatan nahas itu sedang giat dijalankan. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068044 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list