CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23097|Reply: 0

Media Palestin kecam pembunuhan jurukamera bebas Anadolu di Gaza

[Copy link]
Post time 12-1-2025 12:01 AM | Show all posts |Read mode

Jurukamera bebas Anadolu, Saed Abu Nabhan maut ditembak penembak tepat Israel di Semenanjung Gaza. - Foto AGENSI.

ISTANBUL: Organisasi media Palestin mengecam pembunuhan seorang jurukamera bebas Anadolu, Saed Abu Nabhan, di Semenanjung Gaza, semalam.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan Abu Nabhan, yang membuat liputan di Kem Pelarian Nuseirat, "syahid akibat tembakan penembak tepat Israel", menurut kenyataan Pejabat Media Gaza.

Kenyataan itu menyifatkan pembunuhan itu sebagai sebahagian daripada usaha Israel untuk "menyasarkan dan membunuh wartawan Palestin" serta mendakwa Israel dan sekutunya, termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan itu.

Kesatuan Wartawan Palestin mengkritik tindakan Israel sebagai "usaha sengaja untuk menyembunyikan kebenaran dan menutupi jenayah terhadap rakyat Palestin."

Pembunuhan Abu Nabhan turut dianggap sebagai kesinambungan daripada penindasan sistematik terhadap wartawan, yang melanggar undang-undang antarabangsa dan kebebasan akhbar.



Pusat Perlindungan Wartawan Palestin mengutuk pembunuhan itu dan menuntut penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat "jenayah perang terhadap wartawan di Gaza."

Sementara itu, Forum Media Palestin menggambarkan Abu Nabhan sebagai syuhada yang mengorbankan nyawa untuk mendedahkan penderitaan rakyat Palestin, sambil mengecam kegagalan masyarakat antarabangsa melindungi wartawan Palestin.

Abu Nabhan, 25, yang meninggalkan seorang isteri dan seorang anak, maut terkena tembakan jarak jauh penembak tepat tentera Israel pada Jumaat.

Tentera Israel dilaporkan terlebih dahulu mengepung kawasan di Kem Pelarian Al-Jadeed di Wilayah Nuseirat, tengah Gaza , sebelum menyasarkan mereka yang berada di kawasan itu.

Rakaman video menunjukkan seorang individu yang cedera dibawa keluar daripada sebuah rumah menggunakan pengusung oleh pasukan bantuan.

Di lokasi berdekatan, Abu Nabhan kelihatan cuba berlari sambil membawa peralatan liputannya sebelum ditembak dengan apa yang disyaki senapang jarak jauh.

Beliau kemudian rebah dan tidak bergerak. Orang di sekitarnya sukar untuk mendekati beliau akibat ancaman tembakan daripada tentera Israel.

Kematian Abu Nabhan menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 203 orang.

Laporan turut menunjukkan 399 wartawan cedera dan 43 lagi ditahan.

Tentera Israel terus melancarkan serangan yang disifatkan sebagai genosid di Gaza, mengakibatkan lebih 46,000 kematian, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023, meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan resolusi menggesa gencatan senjata segera.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November lalu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas Gaza.

Januari 11, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.672971 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list